Kamis, 31 Desember 2009

Wanita Tua


Syaikh Usman Al-Jurjani-anhu bercerita :



Sekali peristiwa saya meninggalkan negeri Kufan untuk menuju ke Basarah. Di tengah tengah perjalanan saya temui seorang wanita yang cukup tua, berpakaian baju dari bulu, serta berkerudung rapat. Ia berjalan sambil berkata … Ya Allah !Alangkah jauhnya perjalanan bagi orang orang yang tidak memiliki petunjuk jalan! Alangkah menakutkan perjalanan itu bagi orang orang yang tidak memiliki teman!



Saya merasa hairan melihat sikap wanita tua ini, lalu saya mendekatinya dan mengucapkan salam kepadanya . Ia membalas salam dan bertanya:

Siapa anda ini? , tanyanya , moga moga Allah merahmati mu !...



Saya adalah Usman Al-Jurjani, jawab ku.

Oh, semoga Allah memberkati mu, sambungnya lagi. Hendak pergi kemanakah wahai Usman A-Jurjani ? saya akan ke Basrah untuk sesuatu keperluan. Ia bertanya seterusnya:



Hai Usman ! Mengapa tidak anda memberitahu orang yang ada padanya keperluan mu tadi datang membawa kepada mu , supaya anda tidak susah susah lagi pergi kepadanya ?! Oh, saya masih beluh mengenalinya lagi sesunguh pengenalan, dengan penuh kesal.



Apa yang menyebabkan anda terhalang dari mengenalanya dengan sungguh sungguh pengenalan ? Tanya wanita tua itu pula. Sebab banyaknya dosa ku yang tidak terkira, tegas ku. Ah, itu, katanya, Memanglah buruk apa yang anda lalukan itu. Demi Allah, kiranya anda hubungkan tali mu dengan talinya, nescaya perhubungan mu dengannya itu akan menjadi sangat tegug dan kukuh, kemudian tentulah dia akan menunaikan semua keperluan itu tampa susah dan penat lagi..



Berkata Usman Al-Jurjani seterusnya…

Mendengar keterangan wanita tua itu saya terus menangis dengan terisak isak , lalu berkata:

Ibu ! Doakanlah agar saya mampu melakukan semua nasihat ibu.

Ya, jawabnya . Semoga Allah melimpahkan pertolonganNya kepada mu untuk berbakti kepada Nya, dan menjauhkan mu dari maksiat kepadaNya! Doa wanita tua itu kepada ku. Terima kasih , jawab ku.



Setelah itu saya pun merogos saku ku untuk mengambil beberapa dirham wang untuk saya sedekahkan kepadanya. Ibu!, Ambillah wang ini demi memenuhi keperluan ibu, saya ulurkan wang itu kepada wanita tua itu sambil mengharap dia akan menerimanya.



Usman !, wanita tua itu berkata, dari mana anda perolih wang ini ?

Kenapa? Tanya ku kepadanya.

Saya ingin tahu, jawab wanita itu.

Wang ini adalah hasil usaha ku sendiri. Setiap hari saya pergi ke gunung untuk memcari kayu bakar, kemudian saya jual, dan inilah hasilnya! Aku memberi keterangan kepadanya.



Ini lah rezeki yang halal ! memang sebaik baik rezeki adalah dari hasil kerja sendiri. Dia diam sebentar, kemudian menyambung lagi, katanya:

Wahai Usman! Sekiranya anda betul betul mengadakan hubungan yang baik dengan Allah, pastilah Dia akan menolong mu, dia akan mencukupi semua keperluan mu, dengan menjual kayu kayu itu, betul tidak? Dia bertanya kepada ku.



Betul ! jawab ku.

Tapi ramai orang hanya menyebutnya dibibir saja, tidak di hati, katanya lagi. Saya diam diri saja. Jika anda mahu bolih saya perlihat kepada mu bagaimana hasil dari hubungan baik ku kepadaNya ! dia agak mencabar ku.

Baiklah ibu, cuba perhatikan ! aku memintanya.

Wanita tua itu lalu menadahkan tangannya , kedua bibirnya bergoyang berdoa sesuatu kepada Tuhan. Sebentar saja ternyata di kedua belah tangannya telah penuh dengan wang mas berkilat kilat. Usman ! katanya, ambillah wang itu, tak akan kau ketemu nama raja dari dunia ini. Dan ketahuilah, jika kau betul betul mencintai Tuhan mu, pastilah Dia akan menjadikan mu sebagai seorang yang kaya raya!..



Itulah peringatannya yang terakhir kepada ku. Sebentar lagi saya lihat dia telah menghilangkan dirinya. Dia sudah tidak ada lagi di situ. Di mana dia pergi, saya tidak tahu. Siapakah dia wanita tua itu yang sebenarnya, wallahu a’lam. Sedang saya terus termangu mangu dan menangis penuh penyesalan.



Ya Allah! Tolanglah hamba Mu ini agar selalu mampu berbakti kehadirat Mu. Amin..!!

0 komentar to “Wanita Tua”

Posting Komentar

Five-Star Ratings Control

 

Levi Yamani Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger